Latar belakang Kolej Kediaman Sutera Indah
Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) adalah kolej yang terletak di bandar Nilai. Dengan keluasan
dan blok yang boleh menempatatkan sebanyak 600 penghuni, Kolej Kediaman Sutera Indah ini terletak di kawasan Bandar Baru Nilai. Merupakan sebuah kolej kediaman yang kondusif dan berada di lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan pusat perniagaan utama.
Kolej Kediaman Sutera Indah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar menjalankan pelbagai aktiviti dan program yang dirancang. Antara kemudahan yang disediakan:
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Rehat Pelajar
- Rumah Tamu
- Surau
- Bilik Aktiviti JAKSA
- Bilik Penginapan
- Wifi
Latar belakang Kolej Kediaman Anggerik Court
Anggerik Court merupakan satu lagi kediaman pelajar-pelajar USIM. Ia terletak bersebelahan kampus USIM di Nilai.
Latar belakang Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL)
- Pusat Perumahan Pelajar telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 2015.
- Pusat Perumahan Pelajar mengurus dan menyelaras operasi dan kewangan enam (6) kolej kediaman dengan lima (5) daripadanya terletak di Kampus Nilai dan satu (1) terletak di Kampus Pandan.
- Pusat ini turut mengurus dan menyelaras penggunaan Tabung Pengetua yang bersumberkan Yuran Aktiviti Kolej Kediaman.
- Pusat Perumahan Pelajar turut menyelenggarakan dan mengurus kemudahan asas untuk pelajar termasuklah perabot (katil, meja belajar, kerusi, almari pakaian), peralatan (kipas, langsir) serta perkhidmatan lain seperti siaran TV berbayar, capaian internet dan mesin basuh layan diri.
- Pusat Perumahan Pelajar turut menyediakan dan menguruskan kemudahan asas untuk rumah dan bilik kemudahan seperti Rumah Pengetua, Rumah Felo, Bilik Rehat Pelajar dan Bilik JAKSA.
- Pusat Perumahan pelajar juga menguruskan keperluan Rumah Tetamu untuk sewaan luar sebagai Penjanaan Pusat Perumahan Pelajar.
- Pusat Perumahan Pelajar turut bertanggungjawab terhadap keperluan aktiviti dan kebajikan pelajar yang tinggal di luar kampus yang diselaraskan oleh Pejabat Pengurusan Pelajar Luar Kampus.