Assalamualaikum wbt.
Buat julung kalinya, sebuah pertemuan telah dibuat melibatkan Pengetua bersama dengan barisan JAKSA yang bertugas sebagai editor bagi menjayakan blog rasmi kolej yang diberi nama USIM My College.
Dalam pertemuan tersebut, antara perkara yang dibincangkan berkaitan dengan inisiatif ini bermula dengan hasrat Pengetua, Dr Abdul Rashid Abdul Aziz sendiri bagi menubuhkan USIM My College melihatkan kepada kemampuan blog sebagai sebuah platform yang baik bagi meningkatkan ‘engagement’ antara pihak kolej dengan penghuni dan pihak luar melalui enjin carian sesawang Google.
Bahkan, bagi menjayakan hasrat ini, kami turut diperkenalkan oleh Pengetua dengan pendedahan berbentuk tutorial ringkas oleh Pengetua sendiri tentang elemen dan setiap halaman yang terpapar dalam blog kolej ini serta cara menggunakan ‘tools’ yang terdapat dalam Blogspot, iaitu platform yang digunakan untuk menubuhkan USIM My College.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah akhirnya Blog USIM My College ini terbina denganjayanya dan akan dibantu oleh barisan JAKSA dalam mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa.Semoga Blog USIM My College ini dapat menjadi wadah utama bagi pihak Pengurusan Kolej Kediaman Sutera Indah & Anggerik Court dengan pihak USIM dan masyarakat amnya.
Layari blog rasmi kami, USIM MY COLLEGE di sini: https://usimmycollege.blogspot.com/

