July 06, 2022

AKTIVITI KECERIAAN KOLEJ: MEMBUAT TAMAN AMIRUL MUKMININ








Pada 5 Julai 2022, Pengetua Kolej Kediaman Sutera Indah iaitu Dr Abdul Rashid B. Abdul Aziz bersama sama beberapa orang pelajar kolej melakukan aktiviti keceriaan kolej iaitu membuat satu taman yang diberi nama Amirul Mukminin. Aktiviti tersebut dilakukan pada pukul 8 dan berakhir pada pukul 10 malam. Dengan ada tambahan 3 orang pelajar kolej yang membantu melakukan aktiviti keceriaan kolej pada malam itu mempercepatkan lagi proses untuk membuat taman tersebut.

Antara aktiviti yang dilakukan pada malam itu adalah menanam pokok, mengecat meja batu, mengalihkan pasu pasu bunga dan membuat hiasan taman tersebut. Sebanyak 3 jenis pokok yang ditanam dikawasan taman Amirul Mukminin iaitu pokok kemboja, pokok jasmine dan pokok tong bola emas. Alhamdulillah dengan semua usaha pengetua dan pelajar yang membantu untuk menyiapkan taman Amirul Mukminin akhirnya siap dijadikan.

You Might Also Like

0 Comments