July 28, 2022

PROGRAM GOTONG ROYONG CERIA CINTA KOLEJ

PROGRAM GOTONG ROYONG 

CERIA CINTA KOLEJ 

23 JULAI 2022- Satu program gotong royong telah diadakan bersama sama pelajar kolej pada hujung minggu lepas yang mana aktiviti tersebut dinamakan gotong royong Ceria Cinta Kolej yang telah dianjurkan oleh pengetua Kolej Kediaman Sutera Indah iaitu Dr Abdul Rashid Abdul Aziz. Tujuan diadakan aktiviti gotong royong ini adalah untuk memupuk semangat semua warga kolej untuk sentiasa peka membersihkan kawasan sekeliling dan mengekalkan keindahan kolej, dalam masa sama aktiviti gotong royong ini juga dilakukan untuk memastikan pelajar membersihkan bilik kediaman masing masing dengan bersih dan tersusun sebelum meninggalkan bilik kediaman mereka untuk pulang ke kampung halaman bagi menjalani cuti semester selama beberapa bulan. Antara aktiviti yang dilakukan semasa gotong royong berjalan adalah seperti, pelajar mengemas bilik kediaman, membina sebuah taman mini, mengecat dinding pagar kolej, membersihkan kawasan kolej dengan mengutip sampah yang ada disekitar kawasan kolej.


gambar sebelum bermula aktiviti gotong royong


gambar selepas aktiviti gotong royong


gambar semasa aktiviti gotong royong


projek taman mini
















You Might Also Like

0 Comments