• Home
    • Principal
    • Background
    • Admin
    • Event
  • Sutera Indah
    • Overview
    • Facilities
    • Jaksa KKSI
    • Program KKSI
    • Rules
  • Anggerik Court
    • Overview
    • Facilities
    • Jaksa KKAC
    • Program KKAC
    • Rules
  • OSWEC
    • Overview
    • Services
    • Contact Us
  • Information
    • Ethic
    • COVID SOP
    • Form
    • FAQS
    • Location
USIM My College

Mahasiswa Rabbani Pemimpin Ummah Sejati

 




( bergambar bersama pelajar jaksa )










(berbual bersama pelajar kolej)









27 JULAI 2022- Pada sekitar jam 4.30 petang pada hari Rabu, TNC Professor Dr Adnan bersama Puan Sakinah iaitu pembantu beliau telah tiba di perkarangan kawasan kolej kediaman sutera indah untuk membincangkan isu berkaitan daftar keluar kolej bersama pengetua kolej kediaman sutera indah iaitu Dr Abdul Rashid Abdul Aziz.

Dalam perbincangan tersebut, Professor Dr Adnan ada bertanya beberapa soalan berkaitan isu daftar keluar kepada pengetua kolej, dan pengetua Dr Abdul Rashid telah menjelaskan kepada beliau tentang isu daftar keluar dengan baik. Dalam masa yang sama, Professor Dr Adnan juga membincangkan tentang kebajikan pelajar dan keselamatan pelajar kolej. Beliau juga berkata, dengan ada kemudahan kedai makan bersebelahan kolej sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk membeli dan sebagainya.

















  • 0 Comments

PROGRAM GOTONG ROYONG 

CERIA CINTA KOLEJ 

23 JULAI 2022- Satu program gotong royong telah diadakan bersama sama pelajar kolej pada hujung minggu lepas yang mana aktiviti tersebut dinamakan gotong royong Ceria Cinta Kolej yang telah dianjurkan oleh pengetua Kolej Kediaman Sutera Indah iaitu Dr Abdul Rashid Abdul Aziz. Tujuan diadakan aktiviti gotong royong ini adalah untuk memupuk semangat semua warga kolej untuk sentiasa peka membersihkan kawasan sekeliling dan mengekalkan keindahan kolej, dalam masa sama aktiviti gotong royong ini juga dilakukan untuk memastikan pelajar membersihkan bilik kediaman masing masing dengan bersih dan tersusun sebelum meninggalkan bilik kediaman mereka untuk pulang ke kampung halaman bagi menjalani cuti semester selama beberapa bulan. Antara aktiviti yang dilakukan semasa gotong royong berjalan adalah seperti, pelajar mengemas bilik kediaman, membina sebuah taman mini, mengecat dinding pagar kolej, membersihkan kawasan kolej dengan mengutip sampah yang ada disekitar kawasan kolej.


gambar sebelum bermula aktiviti gotong royong


gambar selepas aktiviti gotong royong


gambar semasa aktiviti gotong royong


projek taman mini
















  • 0 Comments

 

Lawatan Naib Canselor Professor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani
ke Kolej Kediaman Sutera Indah.















Pada 5 Julai 2022- Lawatan Naib Canselor Professor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani ke kolej kediaman sutera indah secara tidak langsung pada hari tersebut amat mengejutkan. Kerana Professor Dr Sharifudin bersama PA beliau iaitu encik Saifullah Zulkapli merangkap felo kolej kediaman sutera indah membuat lawatan ke kolej dengan tidak dirancang. Pada hari itu juga, pengetua kolej iaitu Dr Abdul Rashid Abdul Aziz bersama beberapa orang pelajar dan staf sedang melakukan aktiviti untuk membuat sebuah taman di hadapan kolej. Antara aktiviti yang dilakukan ialah menanam beberapa pokok didalam pasu bunga, mengecat tayar terpakai untuk dijadikan sebagai pasu, mengecat dan menyusun meja batu di hadapan kolej dengan cantik dan tersusun. Prof Dr Sharifudin juga memuji hasil kerja yang dilakukan kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti membina sebuah taman di hadapan kolej.

Selain itu, Prof Dr Sharifudin juga amat teruja untuk melihat sekitar kawasan Kolej Kediaman Sutera Indah. Beliau juga sempat memasuki bilik OSWEC iaitu One Stop Well-Being Centre dan duduk di kerusi yang disediakan di dalam bilik well-being therapy stress free room. Selepas itu, beliau meninjau beberapa kawasan dan sempat berbual mengenai beberapa isu bersama pengetua kolej Dr Abdul Rashid. Akhir sekali, sesi bergambar bersama Prof Dr Sharifudin dengan pengetua kolej serta pelajar yang terlibat melakukan aktiviti pada hari tersebut.


  • 0 Comments







Pada 5 Julai 2022, Pengetua Kolej Kediaman Sutera Indah iaitu Dr Abdul Rashid B. Abdul Aziz bersama sama beberapa orang pelajar kolej melakukan aktiviti keceriaan kolej iaitu membuat satu taman yang diberi nama Amirul Mukminin. Aktiviti tersebut dilakukan pada pukul 8 dan berakhir pada pukul 10 malam. Dengan ada tambahan 3 orang pelajar kolej yang membantu melakukan aktiviti keceriaan kolej pada malam itu mempercepatkan lagi proses untuk membuat taman tersebut.

Antara aktiviti yang dilakukan pada malam itu adalah menanam pokok, mengecat meja batu, mengalihkan pasu pasu bunga dan membuat hiasan taman tersebut. Sebanyak 3 jenis pokok yang ditanam dikawasan taman Amirul Mukminin iaitu pokok kemboja, pokok jasmine dan pokok tong bola emas. Alhamdulillah dengan semua usaha pengetua dan pelajar yang membantu untuk menyiapkan taman Amirul Mukminin akhirnya siap dijadikan.

  • 0 Comments

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN

MENJELANG HARI PEPERIKSAAAN AKHIR

DI SURAU KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH

28 JUN 2022 









  • 0 Comments

PROGRAM INTERNATIONAL TRIANGLE DIALOGUE ON STUDIES WELL-BEING
29 JUNE 2022
MALAYSIA INDONESIA GAMBIA





Syukur our International Triangle Dialogue On Student's Well-being brought us to another level. We can learn new ideas, sharing experiences, and realised how students from another countries overcome the challenges during pandemic. Yet they are brilliants, im amazed by their maturity, intelligence and knowledge. (Dr Abdul Rashid Bin Abdul Aziz,2022)


These are the names that attendance program international dialogue on students well-being that held on 29 June 2022. So, the people who joined this program is around 82 participant onward.



  • 0 Comments

 18 JUN 2022 – Program Kapsul sejahtera 2.0: Tips Kecemerlangan Diri ini merupakan program untuk memberi tips dan kata kata semangat kepada pelajar yg bakal menghadapi peperiksaan akhir pada sem ini. Program ini dilaksanakan bersama sama dengan Jawatankuasa Kolej Kediaman Sutera Indah (JAKSA KKSI) dan Jawatan kuasa Kolej KediamanAnggerik Court (JAKSA KKAC).

 

Pada kali ini, JAKSA KKAC&KKSI melaksanakan satu program yang bernama tips kecemerlangan diri sebagai persediaan pelajar pelajar kolej untuk menghadapi peperiksaan akhir. Program ini dilaksanakan pada 18 Jun 2022 bersamaan 18 Zulkaedah 1443 Hijrah. Pada program kali ini terdapat 2 panel yg dijemput untuk memberikan tips kecemerlangan diri kepada pelajar pelajar kolej. Panel yang pertama ialah Pengetua Kolej Kediaman Sutera Indah dan Anggerik Court Dr Abdul Rashid Bin Abdul Aziz. Untuk panel yang kedua ialah Dr. Noratthiah Bt Nordin sebagai Pensyarah USIM Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan(FKP). Manakala, pengerusi majlis yang menguruskan aktiviti sepanjang tersebut ialah Saudara MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD KHAIRUNIZAM. Program ini berlangsung dari pukul 10 hingga 1 petang secara bersemuka yang bertempat di Foyer antara Blok A dan Blok B. Untuk program kali ini, semua pelajar yang hadir pada program tersebut adalah seramai 177 orang.

 

Ahli jawatankuasa program ini juga melalukan raptai sehari sebelum majlis berlangsung bagi memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar. Sepanjang latihan raptai program berlangsung, tidak wujud sebarang masalah samada masalah sistem mahupun masalah fizikal. Begitu juga ketika program ini sedang dilaksanakan. Penglibatan daripada kalangan peserta secara bersemuka juga memberangsangkan walaupun kita masih dalam fasa Peralihan Endemik. Mereka banyak melibatkan diri dengan menjawab beberapa kuiz di akhir program serta bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. 


(poster kapsul sejahtera: tips kecemerlangan diri)


                                                (sesi: tips kecemerlangan diri daripada Dr Rashid)


                                 (sesi: tips kecemerlangan diri daripada Dr. Noratthiah Bt Nordin)


(sesi: penyampaian hadiah kepada Dr Noratthiah Nordin)


(sesi: penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz program)


(Pelajar Pelajar Kolej Kediaman Sutera Indah&Anggerik Court)


(Pelajar Pelajar Kolej Kediaman Sutera Indah&Anggerik Court)


     (sesi: penyampaian hadiah kepada Pengetua Kolej Sutera Indah&Anggerk Court iaitu Dr Rashid)
 

  • 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Kolej Kediaman Sutera Indah & Kolej Kediaman Anggerik Court

About Blog

"KALAM PENGETUA"

Platform Digital Kolej Kediaman Sutera Indah & Anggerik Court, USIM.

"Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia lain” (HR Thabrani dan Daruquthni).

search

Labels

Jaksa KKAC Jaksa KKSI Oswec services Program KKAC Program KKSI background event oswec overview overview sutera indah

Blog Archive

  • ▼  2022 (40)
    • ►  August (1)
    • ▼  July (7)
      • PERBINCANGAN ISU DAFTAR KELUAR KOLEJ BERSAMA TNC P...
      • PROGRAM GOTONG ROYONG CERIA CINTA KOLEJ
      • LAWATAN NAIB CANSELOR PROFESSOR Ts. Dr. SHARIFUDIN...
      • AKTIVITI KECERIAAN KOLEJ: MEMBUAT TAMAN AMIRUL MUK...
      • PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN
      • INTERNATIONAL TRIANGLE DIALOGUE ON STUDENTS WELL-B...
      • PROGRAM KAPSUL SEJAHTERA 2.0: TIPS KECEMERLANGAN DIRI
    • ►  June (1)
    • ►  April (8)
    • ►  March (21)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  December (1)

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • pinterest
  • bloglovin
  • etsy

Categories

Jaksa KKAC Jaksa KKSI Oswec services Program KKAC Program KKSI background event oswec overview overview sutera indah

recent posts

Popular Posts

  • Ihya Ramadhan ~ Iftaar di Sutera Indah
     Ramadan Kareem Aktiviti hari pertama Ramadan kami di Kolej Sutera Indah dan Anggerik court menganjurkan program iftaar bersama warga kolej ...
  • Our Team at Anggerik Court
    Our team at Anggerik Court Kolej kami di ketuai oleh seorang pengetua yang berdedikasi, pemurah dan berwibawa iaitu Dr Abdul Rashid Bin Abdu...
  • Meeting Editor Blog Malam Ini
    Assalamualaikum wbt. Buat julung kalinya, sebuah pertemuan telah dibuat melibatkan Pengetua bersama dengan  barisan  JAKSA yang bertugas seb...
  • Jaksa Leadership Program (JLEAP)
      JAKSA LEADERSHIP PROGRAM (JLEAP) Assalamualaikum wbt. InsyaAllah JAKSA LEADERSHIP PROGRAM (JLEAP) akan diadakan seperti ketetapan berikut ...
  • Pelajar KKSI Rai Majlis Berbuka Berkonsepkan Makan Dalam Talam
    NILAI, 4 April 2022 – Sumbangan 340 pek makanan dan minuman berkonsepkan makan dalam talam oleh Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah USIM YB D...
  • PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN
    PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN MENJELANG HARI PEPERIKSAAAN AKHIR DI SURAU KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH 28 JUN 2022 
  • INTERNATIONAL TRIANGLE DIALOGUE ON STUDENTS WELL-BEING
    PROGRAM INTERNATIONAL TRIANGLE DIALOGUE ON STUDIES WELL-BEING 29 JUNE 2022 MALAYSIA INDONESIA GAMBIA Syukur our International Triangle Dialo...
  • ACACIA TALK: STRES & DEPRESI APA BEZANYA?
      ACACIA TALK :  STRES & DEPRESI APA BEZANYA? Dengan sukacitanya Exco Kerohanian & Kebajikan, Jawatankuasa Siswa/i Kolej Kediaman Ac...
  • Bincang @ OSWEC 2- Ibu Bapa
      Perbincangan bersama ibu pelajar di bilik OSWEC
  • AKTIVITI KECERIAAN KOLEJ: MEMBUAT TAMAN AMIRUL MUKMININ
    Pada 5 Julai 2022, Pengetua Kolej Kediaman Sutera Indah iaitu Dr Abdul Rashid B. Abdul Aziz bersama sama beberapa orang pelajar kolej melaku...
Created with by OmTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates