25 April 2022 – Program Semarak Ramadan merupakan satu program yang membawa pendekatan dalam penghayatan 10 malam terakhir Ramadan serta mengingati Rasulullah S.A.W dengan pengisian Qasidah. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kolej Kediaman Anggerik Court (JAKSA KKAC).
Pada kali ini, JAKSA KKAC melaksanakan satu
program untuk pendedahan terhadap kelebihan 10 malam terakhir iaitu Malam
Lailatul Qadar di mana ia dijalankan pada 25 April 2022, Isnin bersamaan dengan
23 Ramadan 1443 Hijrah. Ustaz Mohd Azizul Ashraf bin Sanusi Alhudaidi, merupakan panel jemputan khas untuk
membahaskan tajuk yang ditetapkan bagi program ini. Manakala, pengerusi majlis
yang menguruskan aktiviti sepanjang program pada malam itu ialah Saudara
Muhammad Afiq Hakimi bin Azmi.
Program ini bersiaran langsung selama dua jam
secara bersemuka yang bertempat di Foyer Bolk D, Anggerik Court Apartment. Untuk
program kali ini, ia merupakan program pertama yang menggabungkan Tausiyah,
Munajat dan Qasidah yang telah dilaksanakan di Anggerik Court Apartment.
Ahli jawatankuasa program ini juga melalukan
raptai sehari sebelum majlis berlangsung bagi memastikan program yang dirancang
berjalan dengan lancar. Sepanjang latihan raptai program berlangsung, tidak
wujud sebarang masalah samada sistem mahupun fizikal. Begitu juga ketika
program ini sedang dilaksanakan.
Penglibatan daripada kalangan peserta secara
bersemuka juga memberangsangkan walaupun kita masih dalam fasa Peralihan
Endemik. Mereka banyak melibatkan diri dengan menjawab beberapa kuiz di akhir
program serta bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan Puasa atau Ramadan.
Bilangan peserta yang menyertai program itu dianggarkan adalah sebanyak 59
orang.






















