December 22, 2021

Program Katarsis Jiwa (#USIMBERSAMA): Majlis Bacaan Yassin dan Doa

23 Disember 2021 – Program Katarsis Jiwa (#USIM BERSAMA): Majlis Bacaan Yaasin & Doa adalah merupakan majlis bacaan yaasin dan doa buat para pelajar USIM khususnya penghuni Kolej Kediaman Sutera Indah & Kolej Kediaman Acacia Avenue serta masyarakat luar USIM yang terlibat dengan pandemic Covid-19 serta bencana banjir yang berlaku barubaru ini bagi memberikan semangat, dorongan dan sokongan kerohanian kepada mereka. Program dilaksanakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kolej Kediaman Sutera Indah (JAKSA KKSI) & Kolej Kediaman Acacia Avenue (JAKSA KKAA) sesi 2021/2022. 

Program yang dilaksanakan oleh JAKSA KKSI dan JAKSA KKAA ini membawakan seorang jemputan khas bagi memeriahkan majlis iaitu Al- Fadhil Ustaz Fadzli daripada kumpulan nasyid Far East bagi mengetuai bacaan yaasin dan doa serta menyampaikan tausiyah kepada para peserta. Selain itu, program ini turut menjemput para peserta kurang upaya dan dibantu oleh tiga orang Jurubahasa Isyarat (JBI) daripada Daie Pekak Sahabat FAQEH USIM untuk bersama melancarkan program supaya kesemua para peserta mendapat manfaat dan input yang berharga sepanjang program berlangsung.

Program ini bersiaran langsung selama dua jam di platform “Facebook” JAKSA KKSI dan JAKSA KKAA yang dibantu dengan perisian “Streamyard”. Ahli jawatankuasa program turut melakukan penyediaan rapi sebelum program sebenar berlangsung seperti latihan raptai bagi memastikan tiada masalah yang timbul dari sudut teknikal. Sepanjang latihan raptai program berlangsung, tidak wujud sebarang masalah sama ada sistem ataupun teknikal. Begitu juga ketika program ini bersiaran langsung. Penglibatan daripada kalangan penonton siaran langsung di “Facebook” juga amat memberangsangkan. Majoriti peserta menulis komen yang yang baik di “Facebook” serta memberikan tanda suka (like) di page “Facebook” JAKSA KKSI dan KKAA semasa program bersiaran langsung. Tambahan lagi, para peserta turut memberikan respon yang baik apabila panel bertanyakan soalan. Bilangan penonton ketika program bersiaran langsung mencapai seramai 300 orang penonton. 

Kini, para mahasiswa dan mahasiswi USIM ataupun masyarakat awam boleh menonton kembali ulang tayang rakaman siaran langsung bagi program Katarsis Jiwa: Majlis Bacaan Yaasin & Doa kali ini di platform “Facebook” rasmi Jawatankuasa Kolej Kediaman Sutera Indah (JAKSA KKSI) dan Kolej Kediaman Acacia Avenue (JAKSA KKAA) sesi 2021/2022. 

Pautan Video: Facebook JAKSA KKSI: https://www.facebook.com/100076266944933/videos/2860341804219228/ 

Facebook JAKSA KKAA: https://www.facebook.com/100845211347901/videos/466118331662061/












You Might Also Like

0 Comments