ONE STOP WELLBEING CENTRE (OSWEC)
OSWEC ditubuhkan bagi memudahkan pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling di luar waktu pejabat. OSWEC juga ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat pelajar berehat dan menenangkan minda serta mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.
Nama One Stop Wellbeing Centre dipilih atas dasar mengetengahkan kesejahteraan dalam kalangan pelajar dan staf USIM. Seperti sedia maklum, aspek kesejahteraan bukanlah aspek yang boleh dipandang ringan. Kesejahteraan merangkumi beberapa aspek kehidupan seperti fizikal, intelektual, emosi, rohani, sosial, pekerjaan, dan persekitaran. Aspek menyeluruh ini dapat membawa seseorang individu kepada kebahagiaan hidup. Diharapkan dengan tertubuhnya OSWEC ini, dapat memberikan lebih kesedaran kepada mahasiswa, staf dan masyarakat sekeliling tentang pentingnya kehidupan yang sejahtera.
Antara perkhidmatan utama OSWEC adalah:-
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok
- Ujian Psikologi

0 Comments