KKSI SOFTSKILL SPORTS 2022 DAY 2 - PERTANDINGAN BADMINTON
Pada 2 Februari 2022, telah diadakan Pertandingan Badminton KKSI bertempat di sekitar Kolej Kediaman Sutera Indah. Pertandingan ini telah diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari diikuti dengan sesi penyampaian hadiah .
Alhamdulillah, para peserta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dan masing-masing bersemangat menunjukkan bakat yang terpendam.
Tahniah kepada semua peserta dan seluruh barisan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa orang pelajar Tamhidi yang membantu kami melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya.
"Mahasiswa Rabbani Pemimpin Ummah Sejati"
JAWATANKUASA SISWA/I KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH SESI 2021/2022
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


0 Comments