PROGRAM KAPSUL SEJAHTERA: AMANAT KECEMERLANGAN
Nilai – pada 18 Jun 2022 yang lalu telah diadakan satu
program iaitu Program Kapsul Sejahtera: Amanat Kecemerlangan anjuran kolej kediaman Sutera Indah dan kolej kediaman Anggerik Court . Tujuan
program ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi tips dan amanat yang disampaikan oleh TNC HEPA iaitu Prof. Dr. Adnan Bin Mohamed Yusoff tentang bagaimana cara untuk menghadapi
peperiksaan akhir sem kepada pelajar Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) terutama pelajar pelajar Kolej Kediaman Sutera Indah dan Kolej Kediaman Anggerik Court.
Antara perkongsian yang dikongsikan oleh pengetua Kolej Kediaman Sutera Indah iaitu Dr Abdul Rashid Bin Abdul Aziz ialah persediaan sebelum menghadapi peperiksaan akhir sem kepada semua pelajar kolej. Pengetua juga mengingatkan kepada semua pelajar agar tetap fokus dan bersemangat untuk mengulang kaji pembelajaran sebelum menjelang hari peperiksaan nanti. Selain itu, pengetua juga berpesan agar pelajar kolej pandai dan bijak untuk menguruskan masa yang ada untuk mendapatkan rehat yang cukup sebelum menghadapi peperiksaan akhir sem nanti.
Seterusnya, antara perkongsian yang disampaikan oleh Prof. Dr. Adnan Bin Mohamed Yusoff selaku TNC HEPA ialah amanat kepada semua pelajar kolej tentang peperiksaan. Antara amanat yang beliau sampaikan ialah dalam kita berusaha untuk mengcapai dan mengenggam kejayaan mesti memerlukan pengorbanan. Semua pelajar pelajar kolej harus memperbetulkan niat semula untuk mencari ilmu dan mahu berjaya untuk masa hadapan. Selain itu, pelajar pelajar juga perlu memikul tanggungjawab untuk menyumbangkan diri kepada masyarakat, berkhidmat dengan memberi ilmu kepada orang lain apabila sudah menamatkan pengajian nanti. Justeru, Prof. Dr. Adnan Bin Mohamed Yusoff meminta agar semua pelajar pelajar kolej memperbanyakkan berdoa dan munajat kepada Allah untuk dimudahkan urusan waktu mengulang kaji dan waktu mengambil peperiksaan tersebut.
Kesimpulannya, semua pelajar pelajar Kolej Kediaman Sutera Indah dan Anggerik Court dapat mengambil semua nasihat dan amanat yang diberikan oleh kedua dua panel tersebut. Di akhir program tersebut pihak penganjur ada membuat sesi bergambar bersama pengetua kolej dan TNC HEPA dengan semua pelajar pelajar Kolej Kediaman Sutera Indah dan Anggerik Court.
( sesi: nasihat&amanat oleh kedua panel)
(sesi: penyampaian hadiah kepada TNC HEPA)





0 Comments